Jom Klik Nuffnang ira

Jumaat, 24 Jun 2011

Impian Majlis Perkahwinan Ku

Ini adie muslim juru make up idaman ira...
Untuk majlis persandingan ira ti ibu nak ira pakai warna kuning diraja n ira search kat internet design baju tuk majlis ira tu nanti....so ira jumpa gambar ni n ira minat sangat dgn design kain baju pengantin perempuan n baju lelaki
untuk bunga telur VIP lak ira nak sangat wat bunga telur dari tisu.....nampak lain sikit dari yang lain

tuk tetamu VIP n teman-teman rapat ira bercadang untuk wat coklat macam ni...

ha....ni yang paling ira suke sangat-sangat.......tuk meja VIP ira nak tag macam ni


barang-barang hantaran nampak tersusun bile di letakkan macam ni

tuk majlis ira tu ira teringin nak wat inai macam ni...ye la sekali seumur hidup kan...

Ira nak ilham kan satu Buku Tetamu macam ni untuk ucapan dari tetamu yang hadir.......dapat gak buat kenang-kenangan yang abadi



Khamis, 27 Januari 2011

Kemuncak Yang Semakin Hampir...

Semakin hari semakin hampar ke kemuncak nya..........dh nk masuk bln 2 so hanya tinggal 2 bulan je lagi tuk membuat segala persiapan...otak pun dh semakin serabut,tido pun dh semakin tak mampu melelapkan mata.....ade beberapa benda yg aku impikan telah pun selesai n ade beberapa nye lagi masih belum terlaksana...Hati berbaur risau......apa pun insyaallah bulan 2 ni aku akan selesaikan segala persiapan yg masih belum selesai.............memang benar kata org urusan perkahwinan ini bukan la sesuatu yg mudah. Mental dan fizikal memang kena kuat beb....mujurlah ada insan tersayang yg sentiasa disisi n menjadi penguat diri....Tapi ntah nape la time aku nk kawin idea tak berapa nak dtg smpai design baju nikah pun aku tak tau nak wat mcm mane...klu sebelum ni apa2 baju aku design sendiri n macam2 idea dtg mencurah-curah, tapi nape la lani satu pun tak berapa nk best...........pe pun tunggu n aku berharap segala yang dirancang menjadi kenyataan n akan berjalan dengan baik......

Jumaat, 24 Disember 2010

Tempahan Coklat

Ni la projek terbaru ira....coklat buatan tangan....cantik dan sedap...ada pelbagai pilihan dan perasa. Jadi jika ada yang berminat boleh la membuat tempahan dengan menghantar email kepada saya di shirapurnama@yahoo.com atau dengan mengisi form yang disediakan..pas ti anda terpegun dengan coklat istimewa ini






Isnin, 6 Disember 2010

Kalut..kalut

wah...pejam celik pejam celik masa pantas berlalu............tinggal 4 bulan je lagi persiapan perlu diaturkan.....waggghhhh.......aku serabut..ape pun masih belum lagi siap.....macam mana ni.....skrng ni dh mula kalut rancang wat apa2 yang patut.....

Kelukaan di hati sara 2

Penantian demi penantian akhir nya haikal telah sedara akan kesilapan diri nya......sara menitiskan air mata tak kala menatap wajah tunang nya itu...wajah yang dulu nya sering kali membuatkan hati nya berlagu riang...Petang itu haikal ingin berjumpa dengan sara dan memohon kemaafan dari nya atas segala sikapnya itu....ternyata haikal kini sedar akan perubahan sikap nya yang agak berubah sejak akhir-akhiri ini. Suara haikal yang memanggil nama nya telah membangkitnya dari renungan nya yang jauh melayang. Sara menatap wajah lelaki yang amat dikasihi nya itu.....ye dialah lelaki yang telah dijadikan sebagai jodoh buat aku......getus hati sara...sesungguhnya dia amat bersyukur kerna dipertemukan lelaki yang menerima diri nya seadanya walau pun lelaki itu telah mengetahui segala kisah hidupnya........

Isnin, 29 November 2010

Luka Di Hati Sara

Hari semakin hari pantas berlalu meninggal kan semua kenangan yang pernah dikecapi dahulu. Usia ikatan pertunangan sara dan haikal masih baru 3 bulan.......ikatan yang bergitu indah itu kini bagaikan hilang seri nya kurang manis nya. Sara menarik nafas menghembus dengan rasa sebak di hati...entah mengapa ikatan itu adakala nya bagaikan dingin..Haikal bagaikan insan lain dari pandangan mata sara, segala kemesraan dulu bagaikan pudar..semakin lama semakin tidak memahami akan diri nya pada tunang yg amat dikasihi nya itu. Haikal bagaikan tidak mampu memahami diri nya lagi hingga adakala nya cukup melukakan hati sara. Masih terdengar lagi kata-kata haikal yang menikam hati sara menghancur hati sara.........Tergamak haikal memarahi nya serta mengeluarkan kata-kata kesat pada nya hanya kerana perkara-perkara yang kecil....kesilapan yang kecil namun kata-kata yang amat pedih tuk ditelan...

Haaaahh......adakala nya memberontak jiwa sara dengan segala sikap tunang nya itu....namun sara tetap cintakan haikal sepenuh hatinya.Bagi nya haikal bagaikan sinar yang amat bermakna...Haikal lah yang telah membawa nya jauh dari kehidupan nya yang gelap...segala rahsia yang membebankan dirinya haikal simpan dan semat jauh dari dunia nya kini...Haikal..sara akan tetap menanti hingga haikal sedar tentang cinta sara ini.....sara akan tunggu haikal mencari sara.....

Khamis, 25 November 2010

Hanya Allah mengetahui Kerinduaan Ku Ini............

Kerinduan yang bersarang dihati ini tiada siapa mengetahui nye...hanya allah yg tahu bertapa aku merindu ayahanda ku yang tercinta yang jauh dimata dekat dihati bagi mengerjakan hukum islam ke-5....mengerjakan fardhu haji...Sesungguhnya tiada anak yang tidak merindui org tua nye.Aku tidak pandai menunjukkan tentang kerinduan yang aku rasa kan.Kesibukan ditempat kerja telah mentafsirkan diri aku sebagai anak yang tidak mengambil kisah sedangkan aku jua mengingati jua merindui ayahanda ku..Cume pada detik dan ketika ini aku terlalu sibuk dengan tugasan ditempat kerja yang mana aku sendiri tidak tertanggung. Namun kerana tugas walau sepenat mana tubuh ku kerah kan jua kudrat bagi menyiapkan kerja-kerja yang telah diamanah kan pada ku. Demi mencari rezeki dan mencari duit tuk majlis perkahwinan ku aku pulun kerja tidak kira pagi, petang mahu pun malam..Badan sememangnya tidak bermaya jua tidak berdaya lagi untuk terus berkerja tetapi ku kuat kan jua walau pun berbagai tuduhan dilemparkan...kerna bagi ku aku hanya mencari rezeki yang halal..Susah payah ku hanya die yang mengetahui nye........percaya la aku jua merindui dan aku jua menyesali kesilapan yang mungkin mengecilkan hati keluarga..tetapi semua itu hanya untuk membantu keluarga sedikit pun tidak ku sangka akan jadi begini...........Nasi telah pun menjadi bubur...Org telah menipu aku...namun di atas kesilapan itu aku teruskan kehidupan dengan dorongan insan tercinta....susah payah ku die tetap disisi ku....kesilapan ku aku jadikan satu pengajaran utk meneruskan kehidupan dan berhati2 dengan insan sekeliling ku....Doa ku buat ayahanda yang tercinta......moga diberi kesihatan untuk mengerjakan ibadah haji dan semoga selamat pulang..Kerinduan hanya ku pendam namun tidak bererti aku melupakan nye...jua tidak bererti tiada kerinduan di hati ini...

Rabu, 17 November 2010

Photoshoot - Masjid Putrajaya









Photoshoot Si Comel Permata Hati








 Photoshoot bersama si comel permata hati.....Aisar Darwisyah & Khaleef....

Photoshoot - Proton City Tanjung Malim




Proses editing My Engagement Photo.......

haaa....dari bulan 9 ari tu ira masih dalam proses editing gambar my engagement x ciap-ciap g.....he heee ye la nak wat mesti la perlukan masa yg sesuai tambah siang nye sbk dengan kerja di pejabat pas tu lak bulan oktober yang lalu baru je pas selesai majlis istiadat konvokesyen...so sekarang ni le baru ira leh memfokus kan diri tuk wat editing gambar majlis pertunangan ira sendiri......so disini ade beberapa gambar yang baru je dapat di edit.....so selamat menatap n komen la cikit ek.....